Sunday, May 24, 2009

CARA BERKOMUNIKASI YANG SESUAI BERSAMA KELUARGA

Komunikasi membawa maksud suatu proses penyampaian fikiran dan perasaan melalui bahasa, mendengar, bicara gerak tubuh dan ungkapan emosi.


Melalui komunikasi antara ibu bapa dengan anak remaja diharapkan dapat melahirkan hubungan seimbang dan harmoni sehingga dapat membentuk suasana keterbukaan dan saling mendengar antara ibu bapa dengan anak remaja terutama sekali apabila mereka menghadapi masalah.


# Yang tua perlu dihormati, yang muda perlu disayangi

# Jangan sekali-kali meninggikan suara kita terhadap ke dua ibu bapa

# Sekali kejayaan seorang anak, 1000 kali kegembiraan ibu bapanya

Saturday, May 23, 2009

PENGENALAN

Assalamulaikum...
Blog ini dihasilkan untuk paparan murid-murid dalam menghasilkan satu folio elektronik seperti persembahan power point dan brosur tentang salasilah keluarga mereka. Tugasan yang akan diberikan adalah seperti murid-murid dikehendaki menemuramah ahli keluarga, mengumpul segala maklumat mengenai salasilah keluarga dan membuat satu folio ringkas tentang salasilah keluarga mereka. Di sini murid berperanan sebagai wartawan dalam sesi temuramah tersebut. Kajian murid-murid akan dicatat secara individu dalam bentuk temuramah, peta minda, karangan pendek dan contoh dialog temuramah (berlakon).Guru akan menilai hasil kerja murid dari masa ke semasa. Perkembangan folio akan dibimbing guru dan di pantau